24 Dec 2010

0 Robot Sembahyang

0 Snippet: Menyahcaj Gelombang Elekromagnet Pada Diri



Setiap hari kita terdedah kepada frekuensi-frekuensi hasil daripada gelombang elektromagnet yang boleh membahayakan diri kita. Pernahkah anda terkena simpton tiba-tiba sakit kepala, atau mempunyai rasa malas yang berlebihan. Ia adalah kesan sampingan gelombang elektromagnet.

Hasilnya, anda membeli panadol untuk membunuh atau mengurangkan kesakitan tersebut. Tapi tahukah anda kita umat Islam telah diberi satu anugerah oleh Allah s.w.t iaitu sembahyang 5 waktu. Sembahyang 5 waktu tersebut, mempunyai 4 posisi asas iaitu berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk tahiyat. Untuk kali ini, kami akan huraikan bagaimana sembahyang ini menyahcajkan gelombang elektromagnet yang ada pada diri kita, di mana selepas itu boleh membangkitkan sifat-sifat positif pada diri seseorang.

Untuk menyahelektromagnet, sarjana barat telah membuat kajian dan analisa, bahawa cara termudah ialah melalui, meletakkan dahi ke lantai. Dalam posisi sembahyang ialah pergerakan sujud sebenarnya kaedah untuk menyahcajkan gelombang elektromagnet!



Cara terbaik untuk menyahcajkan ialah sujud menghala ke "center of the earth @ Pusat Bumi". Makkah telah dibuktikan secara saintifik sebagai Pusat Bumi, maka kita umat Islam telah dikurniakan oleh Allah s.w.t tentang cara menyahcajkan gelombang elektromagnet ini secara berkesan.

MashaAllah.

6 Dec 2010

0 Fikir Dahulu Sebelum Upload Gambar Anda Ke Laman Web Sosial

TANGAN KOTOR : MEMBOGELKAN GAMBAR MUSLIMAH DENGAN SUPER IMPOSE

Super Impose yang semakin menjadi kegilaan dunia hari ini, telah menyebabkan berlakunya beberapa kezaliman terhadap wajah wanita yang bertudung. Kesal juga, sejak kebelakangan ini, ternampak beberapa bentuk serangan media dengan menggunakan istilah-istilah lucah yang agak meluat untuk menyebutkannya di sini.

Post kali ini, saya cuba menarik para pembaca untuk memahami situasi yang terjadi. Istilah-istilah kotor yang saya maksudkan di atas, cuba dikembangkan. Antara cara-cara mengembangkan otak kotor terhadap wanita muslimah, ialah dengan menggunakan SUPER IMPOSE.

Iaitu, mengambil beberapa keping gambar perempuan bertudung yang dirasakan secocok dengan gambar bogel, kemudian gambar perempuan tersebut dipotong dibahagian yang sesuai. Biasanya garisan tudung tersebut. Kemudian, di”tampal” pada tubuh mana-mana yang tidak berpakaian.

Maka, akan terhasil seorang wanita yang bertudung, tetapi tidak berpakaian. Kerja-kerja ini tidak lain adalah untuk menghina Islam, bahkan menghina wanita muslimah yang sentiasa menjaga aurat mereka. Persoalan di sini, dimanakah saluran mudah untuk mendapatkan gambar-gambar muslimah kita?

Oh ya, FACEBOOK adalah jalan paling mudah dan berkesan. Sejak kebelakangan ini, nampak seperti wanita muslimah Indonesia dan Malaysia yang menjadi mangsa! Hah.. Adakah anda sedar, entah-entah gambar saudara mara kita pula yang kena.

2 Dec 2010

0 Seorang Wanita Dibunuh Kerana Menjawab Panggilan Telefon

Ini sangat mengerikan!
Seorang lelaki Milwaukee dituduh membunuh seorang wanita kerana dia menjawab telefon, sementara mereka sedang berhubungan seks!
46 tahun Garron Lewis menangis ketika dia pergi ke rumah orang lain untuk memberitahu bahawa ia membunuh 44 tahun Sharron Dorsey.
Lewis mengaku mencekiknya dengan sabuk setelah ia menjawab telefon semasa seks.
Laporan ini pemeriksa Milwaukee perubatan mengatakan wanita itu meninggal kerana sesak nafas akibat cekikan.

28 Nov 2010

1 Iklan Solat Yang Tiada Di Malaysia

Iklan sebegini patut ada di Malaysia. kerana ia dapat menyedarkan orang islam betapa pentingnya solat. kerana solat itu tiang Agama.

0 Serangan Puting Beliung

Sungguh dahsyat, kuasa Allah tidak dapat ditandingi. ini baru puting beliung, kiamat lebih dahsyat lagi daripada ini, sama-samalah kita bertaubat kepada Allah.

Fuyoh Blog