2 Nov 2010
0 Kristen Stewart bercakap dalam gelap
Setelah kejayaannya menerusi filem "Twilight". gadis berambut brunnette ini dikatakan telah diberi watak Talia dalam filem seram iaitu "Someone In The Dark" dari DreamWorks.Kristen kini yang tengah sibuk melakukan penggambaran filem " On The Road" akan bertambah sibuk kerana dia akan memegang watak belia swan sekali lagi menerusi filem "The Twilight Saga's Breaking Down" Part 1 dan Part 2.Filem ini dijangka akan memulakan produksi sekitar bulan November ini.Filem seram " Someone In The Dark" ini mengisahkan seorang lelaki muda yang terperangkap dalam permainan kejam kucing dan tikus dengan seorang gadis misteri bersama bapa tirinya yang berbahaya
0 Patrick Dempsey Pencinta Haiwan
0 Suami Tak Adil
Seorang lelaki bernama Mazlan (bukan nama sebenar), mempunyai dua orang isteri. Isteri pertama bernama Husnul dan isteri kedua bernama Hasanah. Pasangan bermadu ini tidak tinggal di sebuah rumah; sebaliknya mereka tinggal di rumah yang berasingan. Mazlan boleh dikatakan sebagai seorang lelaki yang baik. Cukup dari segi ekonomi, fizikal dan intelektual untuk hidup bermadu. Sejak awal perkenalan dengan Mazlan, Hasanah mengetahui status Mazlan sebagai seorang suami. Sejak awal lagi Hasanah sedia dan rela hidup berpoligami. Berbeza pula dengan Husnul. Dia sangat terkejut semasa Mazlan memperkenalkan Hasanah kepadanya. Dia juga hampir-hampir menuntut cerai. Mujurlah Mazlan itu sudah mantap ilmu di dada. Dapatlah dipujuknya Husnul.Mazlan dan Hasanah selalu memikirkan cara untuk merapatkan hubungan kedua orang isteri Mazlan itu. Pada awal perkahwinan mereka, Mazlan bercadang agar dia dan kedua-dua orang isterinya solat bersama, sekali dalam seminggu. Dengan cara bergilir-gilir tempat. Seminggu di rumah Husnul, seminggu di rumah Hasanah.
Pada suatu malam minggu yang indah. Itu adalah sesi pertama program 'solat bersama' antara Mazlan dengan kedua-dua orang isterinya. Sesi pertama dimulakan di rumah Husnul. Mereka akan bersolat berjemaah Maghrib dan Isyak. Sementara menunggu waktu isyak, Mazlan ingin menyampaikan kuliah agama kepada kedua-dua orang isteri tercinta.
Sebaik-baik masuk waktu Maghrib petang itu, Mazlan melaungkan azan dengan suara yang merdu dan baik sekali. Selesai azan, Mazlan terus melaungkan iqamah. Selepas itu dia pun mengimami kedua-dua orang isterinya bersolat Maghrib. Mereka bertiga pun bersolat Maghrib bersama-sama secara berjemaah sehingga selesai.
Seperti kebiasaan, selepas solat Mazlan berdoa. Dalam doanya, sampailah kepada doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat. Lelaki itupun mengucapkan doanya yang berbunyi;
"Allahummakhtim alaina bi husnul khatimah wa la tahtim alaina bi su'ul khatimah.
Rabbana atina fid-dunya hasanah, wa fil akhirat ti hasanah.."
Belum habis doa itu dibaca, belakang Mazlan dipukul oleh isteri pertamanya dengan beg.
"Abang memang tak adil!" Kata isteri pertama yang bernama Husnul, selepas memukul belakang suaminya.
Si isteri kedua hanya melihat.
"Astaghfirullah, kenapa dengan kamu ni Husnul. Kita sedang berdoa ni.."
"Abang memang selalu melebihkan bini muda abang ni," Kata Husnul sambil tangannya hampir memukul pula isteri kedua suaminya. Nasib baik sempat ditahan oleh si suami. Hampir-hampir kedua madu itu berperang.
"Abang doa untuk saya sekali. Abang doa untuk dia dua kali!"
"Eh macam mana pula tu?" Si suami belum faham.
"Ala buat-buat tak faham saja abang tu! Baru tadi abang doa, husnul khatimah abang baca sekali. Hasanah abang baca dua kali!"
Meloponglah Mazlan dan isteri mudanya, bingung seketika. Hendak marah atau hendak ketawa ni?
0 Bahaya jika menggunakan pc ditempat umum!!!
For your information...be careful

Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...
Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.
Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah
tersimpan di dlm Black Device.
Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting
Semoga informasi ini berguna untuk anda semua.. Dan mencegah terjadinya hal2 yg tdk diinginkan dan sampaikan kepada sahabat handai.

1 Nov 2010
0 Filem Terbaru
Genre : Aksi, Drama
Pengarah : George Tillman Jr
Pelakon : The Rock,Bill Bob Thomton, Jennifer Carpenter, Maggie Grace
Keluar : 24 November 2010
Selepas 10 tahun di dalam penjara, Driver mahu membalas dendam atas pembunuhan abangnya semasa rompakkan yang membawanya ke penjara, Driver kini bersedia dengan misinya untuk menuntut bela. Baginya, pembunuh sebenar harus di buru dalam apa jua keadaan sekalipun.

Selepas kejayaan menyanyi Justin Bieber yang baru sahaja berusia 16 tahun kini tampil dengan ciptaan patung mirip wajahnya. Selain itu Bieber adalah artis remaja yang mendapat bayaran paling tinggi berbanding artis lain. Di khabarkan patung comel miripnya dijangka akan keluar di pasaran pada disember nanti. Patung ini dihasilkan dalam dua set berbeza iaitu "Music Video Collection Singing Figures" & "JB Style Collection" set koleksi lagu memainkan lagu "Baby" atau "One Less Lonely Girl" selama 30 saat dengan harga $27.99 manakala koleksi "JB Style" berharga $ 17.99. Patung comel mirip Justin Bieber ini telah dikeluarkan oleh syarikat Bravado dengan kerjasama The Bridge Direct.