Genre : Aksi, Drama
Pengarah : George Tillman Jr
Pelakon : The Rock,Bill Bob Thomton, Jennifer Carpenter, Maggie Grace
Keluar : 24 November 2010
Selepas 10 tahun di dalam penjara, Driver mahu membalas dendam atas pembunuhan abangnya semasa rompakkan yang membawanya ke penjara, Driver kini bersedia dengan misinya untuk menuntut bela. Baginya, pembunuh sebenar harus di buru dalam apa jua keadaan sekalipun.
1 Nov 2010
Selepas kejayaan menyanyi Justin Bieber yang baru sahaja berusia 16 tahun kini tampil dengan ciptaan patung mirip wajahnya. Selain itu Bieber adalah artis remaja yang mendapat bayaran paling tinggi berbanding artis lain. Di khabarkan patung comel miripnya dijangka akan keluar di pasaran pada disember nanti. Patung ini dihasilkan dalam dua set berbeza iaitu "Music Video Collection Singing Figures" & "JB Style Collection" set koleksi lagu memainkan lagu "Baby" atau "One Less Lonely Girl" selama 30 saat dengan harga $27.99 manakala koleksi "JB Style" berharga $ 17.99. Patung comel mirip Justin Bieber ini telah dikeluarkan oleh syarikat Bravado dengan kerjasama The Bridge Direct.
31 Oct 2010
0 Nama Muhammad Jadi Pilihan Di Britain
Nama Muhammad kini menjadi pilihan paling popular bagi bayi lelaki yang baru di lahirkan di Britain.
ia melonjak dari kedudukan ketiga sebelum ini dan mengambil alih nama jack dan Harry yang menduduki tempat teratas sejak 14 tahun lalu, Bagi bayi perempuan yang baru lahir pula nama Olivia menjadi pilihan paling popular dan menduduki senarai teratas mendahului Ruby dan Chloe. Tahun lalu di anggarkan seramai 7,549 bayi baru dilahirkan di beri 12 variasi nama Nabi Muhammad. Selain itu nama Oliver adalah nama pilihan kedua yang paling popular yang diberikan kepada 7,364 bayi, manakala nama Harry dan Alfie menduduki tempat keempat dan kelima.
0 Justin Bieber Palsu??
Dunia hiburan kini dikejutkan dengan berita Justin Bieber yang sebenarnya adalah seorang alcoholic, mesum dan pedophilia berusia 51 tahun ( Michael Cote ) yang sedang beredar di dunia maya alias internet. Hal ini mengejutkan banyak pihak terutama para peminatnya. Namun hal ini belum lagi dipastikan kebenarannya.
30 Oct 2010
0 Terowong masa

Sewaktu Zaman Edo, terdapat sebuah tanah luas yang rata (kira-kira 30 meter per segi) telah di bersihkan untuk mengelakkan api daripada merebak ke istana Edo jika berlaku kebakaran. Tokong bernama Chinka juga turut di bina kawasan tersebut di mana dewi Hibuse dipuja. Dewi itu wujud untuk menghalau dan memadam api.
Stesen kereta api juga turut di bina di tanah itu pada tahun 1925 untuk mengambil penumpang sehingga ia di gunakan khas untuk kargo. Kemudahan pengangkutan di kawasan yang berkembang selama beberapa tahun itu mendorong kepada pendirian pasar menjual buah-buahan dan sayur-sayuran. Selepas perang dunia kedua, ramai jurutera dan juruteknik radio yang di tempatkan di seluruh dunia pulang ke jepun. Tidak banyak keja pada masa itu, kerja yang ada kebanyakannya adalah membuat peralatan elektrik seperti cerek dan periuk masak nasi. Mereka mahu menyumbang kepada pembangunan semula jepun dan memanggil semua jurutera jepun untuk berkumpul di kawasan tersebut.
Sejak tahun 1960an, kawasan itu mula melihat kemunculan kedai-kedai elektronik menjual TV, mesin basuh, peti sejuk dan banyak lagi. Selepas setengah abad berlalu, kawasan ini menjadi sebuah 'Planet Kecil' di mana anda boleh mencari apa saja yang berkaitan dengan alat elektronik, model, manga, anime, Permainan video dan budaya pop jepun.
Jom kita melancong ke Akihabara sekejap!
0 God of War 3 Untuk PS3 !!
Setelah tiga tahun lamanya. Akhirnya episod terakhir dari trilogi kratos ini berjaya di keluarkan pada 6 mac lalu. Bagi meneruskan kisah dalam episod God of War 2. Kali ini Kratos akan menjalankan misi utama iaitu untuk membunuh ayahnya Zeus. namun misi membunuh ayahnya itu bukan semudah yang di sangkakan,kratos terpaksa berdepan dengan pelbagai kekuatan untuk membunuh Zeus seperti melawan Leviathan, Poseidon, Hades, sampai Hephaestus. Kratos juga akan dikhianati oleh Gaia, meski di misi selanjutnya akan dapat membalas dendamnya.Disisi lain Kratos akan menjalankan misi yang diperintahkan para dewa, berkat kemampuannya yang tidak sebanding dengan manusia lain. Lalu akan beberapa kali mendapat bantuan bangsa Yunani. Di akhir permainan, setelah berhasil membunuh Zeus dengan tangan kosong, Kratos mengambil Pedang Olympus, dan menikam dirinya sendiri.







