30 Oct 2010

0 Terowong masa

 


Sewaktu Zaman Edo, terdapat sebuah tanah luas yang rata (kira-kira 30 meter per segi) telah di bersihkan untuk mengelakkan api daripada merebak ke istana Edo jika berlaku kebakaran. Tokong bernama Chinka juga turut di bina kawasan tersebut di mana dewi Hibuse dipuja. Dewi itu wujud untuk menghalau dan memadam api.
Stesen kereta api juga turut di bina di tanah itu pada tahun 1925 untuk mengambil penumpang sehingga ia di gunakan khas untuk kargo. Kemudahan pengangkutan di kawasan yang berkembang selama beberapa tahun itu mendorong kepada pendirian pasar menjual buah-buahan dan sayur-sayuran. Selepas perang dunia kedua, ramai jurutera dan juruteknik radio yang di tempatkan di seluruh dunia pulang ke jepun. Tidak banyak keja pada masa itu, kerja yang ada kebanyakannya adalah membuat peralatan elektrik seperti cerek dan periuk masak nasi. Mereka mahu menyumbang kepada pembangunan semula jepun dan memanggil semua jurutera jepun untuk berkumpul di kawasan tersebut.
Sejak tahun 1960an, kawasan itu mula melihat kemunculan kedai-kedai elektronik menjual TV, mesin basuh, peti sejuk dan banyak lagi. Selepas setengah abad berlalu, kawasan ini menjadi sebuah 'Planet Kecil' di mana anda boleh mencari apa saja yang berkaitan dengan alat elektronik, model, manga, anime, Permainan video dan budaya pop jepun. 
 

 Jom kita melancong ke Akihabara sekejap!













0 comments:

Post a Comment

leave your comment

Fuyoh Blog