24 Dec 2010

0 Robot Sembahyang

0 Snippet: Menyahcaj Gelombang Elekromagnet Pada Diri



Setiap hari kita terdedah kepada frekuensi-frekuensi hasil daripada gelombang elektromagnet yang boleh membahayakan diri kita. Pernahkah anda terkena simpton tiba-tiba sakit kepala, atau mempunyai rasa malas yang berlebihan. Ia adalah kesan sampingan gelombang elektromagnet.

Hasilnya, anda membeli panadol untuk membunuh atau mengurangkan kesakitan tersebut. Tapi tahukah anda kita umat Islam telah diberi satu anugerah oleh Allah s.w.t iaitu sembahyang 5 waktu. Sembahyang 5 waktu tersebut, mempunyai 4 posisi asas iaitu berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk tahiyat. Untuk kali ini, kami akan huraikan bagaimana sembahyang ini menyahcajkan gelombang elektromagnet yang ada pada diri kita, di mana selepas itu boleh membangkitkan sifat-sifat positif pada diri seseorang.

Untuk menyahelektromagnet, sarjana barat telah membuat kajian dan analisa, bahawa cara termudah ialah melalui, meletakkan dahi ke lantai. Dalam posisi sembahyang ialah pergerakan sujud sebenarnya kaedah untuk menyahcajkan gelombang elektromagnet!



Cara terbaik untuk menyahcajkan ialah sujud menghala ke "center of the earth @ Pusat Bumi". Makkah telah dibuktikan secara saintifik sebagai Pusat Bumi, maka kita umat Islam telah dikurniakan oleh Allah s.w.t tentang cara menyahcajkan gelombang elektromagnet ini secara berkesan.

MashaAllah.

6 Dec 2010

0 Fikir Dahulu Sebelum Upload Gambar Anda Ke Laman Web Sosial

TANGAN KOTOR : MEMBOGELKAN GAMBAR MUSLIMAH DENGAN SUPER IMPOSE

Super Impose yang semakin menjadi kegilaan dunia hari ini, telah menyebabkan berlakunya beberapa kezaliman terhadap wajah wanita yang bertudung. Kesal juga, sejak kebelakangan ini, ternampak beberapa bentuk serangan media dengan menggunakan istilah-istilah lucah yang agak meluat untuk menyebutkannya di sini.

Post kali ini, saya cuba menarik para pembaca untuk memahami situasi yang terjadi. Istilah-istilah kotor yang saya maksudkan di atas, cuba dikembangkan. Antara cara-cara mengembangkan otak kotor terhadap wanita muslimah, ialah dengan menggunakan SUPER IMPOSE.

Iaitu, mengambil beberapa keping gambar perempuan bertudung yang dirasakan secocok dengan gambar bogel, kemudian gambar perempuan tersebut dipotong dibahagian yang sesuai. Biasanya garisan tudung tersebut. Kemudian, di”tampal” pada tubuh mana-mana yang tidak berpakaian.

Maka, akan terhasil seorang wanita yang bertudung, tetapi tidak berpakaian. Kerja-kerja ini tidak lain adalah untuk menghina Islam, bahkan menghina wanita muslimah yang sentiasa menjaga aurat mereka. Persoalan di sini, dimanakah saluran mudah untuk mendapatkan gambar-gambar muslimah kita?

Oh ya, FACEBOOK adalah jalan paling mudah dan berkesan. Sejak kebelakangan ini, nampak seperti wanita muslimah Indonesia dan Malaysia yang menjadi mangsa! Hah.. Adakah anda sedar, entah-entah gambar saudara mara kita pula yang kena.

2 Dec 2010

0 Seorang Wanita Dibunuh Kerana Menjawab Panggilan Telefon

Ini sangat mengerikan!
Seorang lelaki Milwaukee dituduh membunuh seorang wanita kerana dia menjawab telefon, sementara mereka sedang berhubungan seks!
46 tahun Garron Lewis menangis ketika dia pergi ke rumah orang lain untuk memberitahu bahawa ia membunuh 44 tahun Sharron Dorsey.
Lewis mengaku mencekiknya dengan sabuk setelah ia menjawab telefon semasa seks.
Laporan ini pemeriksa Milwaukee perubatan mengatakan wanita itu meninggal kerana sesak nafas akibat cekikan.

28 Nov 2010

1 Iklan Solat Yang Tiada Di Malaysia

Iklan sebegini patut ada di Malaysia. kerana ia dapat menyedarkan orang islam betapa pentingnya solat. kerana solat itu tiang Agama.

0 Serangan Puting Beliung

Sungguh dahsyat, kuasa Allah tidak dapat ditandingi. ini baru puting beliung, kiamat lebih dahsyat lagi daripada ini, sama-samalah kita bertaubat kepada Allah.

26 Nov 2010

0 Orang Kaya Yang Mulia Hatinya

0 Apabila Telefon Berbunyi

Hehehe. beginilah jadinya kalau handphone diletakkan terlalu hampir dengan sterika. berhati-hatilah selalu, tidak kira dimana kita berada.

15 Nov 2010

0 Hebat !! Kapal Selam Buatan Sendiri

Adalah Tao Xiangli warga cina yang hanya lulusan sekolah rendah sangat kreatif dalam merancang berbagai barangan dengan design sendiri diantaranya yang terakhir dan menarik adalah kapal selam buatan tangannya sendiri yang dirancangnya menggunakan bahan bekas tong-tong minyak dengan total berat sampai 1.6 Ton, kapal selam buatan ini juga memiliki beberapa kelengkapan diantaranya memiliki Priskop, mengontrol kedalaman tank, electric motor, manometer dan dua baling-baling. Waktu yang dihabiskan oleh Tao untuk menyiapkan semuanya ini sekitar 2 tahun, dan kapal selam ini dapat beroperasi hingga kedalam 10 meter di bawah permukaan laut, Tao sendiri sudah menghabiskan kos untuk projeknya ini hingga sekitar hampir (30 ribu yuan)








 

13 Nov 2010

0 Kasih Sayang Monyet Terhadap Kucing

Luar biasa, walau mereka binatang yang berlainan jenis tapi kasih sayang monyet monyet ini pada seekor kucing ini sungguh menyentuh perasaan kita manusia yang menyaksikannya. Inilah yang terjadi di Ubud Bali yang berhasil diabadikan oleh seorang fotografer Anne Young dan dimuat di situs Luar Negeri Treehugger, Rabu 25 Ogos 2010 lalu. Bagaimana kita dapat mengambil sebuah pelajaran dari seekor haiwan yang tidak diberi akal namun mampu membahagi kasih dengan binatang lain berbeza jenis, bagaimana dengan kita manusia yang diberi akal oleh Tuhan, mampukah kita berbahagi kasih dengan sesama walau berbeda suku, agama, keyakinan, golongan dan pilihan politik. Apakah kita ikhlas berbahagi kasih dan tidak membenci pihak lain yang berbeza dengan kita?

0 Mulut Terbesar di Dunia


Susah nak di bayangkan dengan saiz orang normal hal ini boleh dilakukan, bayangkan sebuah tin minuman soft drink dapat dimasukkan sepenuhnya ke dalam mulut lalaki yang berusia 20 tahun asal Angola yang bernama Francisco Domingo Joaquim. Dengan mudah sahaja tin tersebut dimasukkan ke dalam mulutnya.

Dengan demikian Francisco Domigo Joaquim boleh dikukuhkan menjadi manusia dengan mulut dan rahang terlebar di dunia, lebar mulutnya boleh mencapai sehingga 17cm. Lelaki yang lebih popular dikenali dengan nama Chiquinho, biasanya mempertunjukkan kebolehannya dijalan di bandar Luanda. Kini Chiquinho ikut dalam kontes mulut yang tebesar di dunia di Rom Itali.

Publish Post

12 Nov 2010

0 Nak Buta Ke Tak Nak?

Salam...Korang pernah tak tengok mata orang di sekeliling berlainan kaler? macam mata ular pun ada? hehehe. korang tau tak mereka tu guna ape? kalau korang dapat jawap aku sanggup jd tukang potong rumput kat rumah korang. (gurau je ok).ok aku bagi jawapan kat korang ye..jeng jeng jeng memperkenalkan kontek lens.. korang tau tak kontek lens ni la merbahaya jika korang gunakan. doktor kata boleh mengakibatkan buta!..

"Perunding Optometri Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Bariah Mohd. Ali berkata, lambakan produk itu yang dijual secara dalam talian bakal mengundang masalah kerana boleh menyebabkan masyarakat menghidap penyakit mata.
“Ramai remaja suka memakai kanta lekap yang bukan sahaja berfungsi sebagai alat bantuan penglihatan tetapi juga aksesori kecantikan kerana ia didatangkan dengan warna seperti hazel, violet, biru, hijau dan kelabu.
“Tetapi mereka perlu ingat bahawa pemakaian kanta lekap perlu diperiksa oleh pegawai optometri bagi mengelak sebarang jangkitan, alahan atau lebih kronik mengakibatkan buta,” katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini."

sumber Kosmo

Kalau korang degil, nak jugak gunakan kontek lens ni, aku nasihatkan korang kenalah jumpa Doktor dulu. kalau doktor kasi chance korang nak pakai kontek lens, barulah korang boleh pakai.jangan hentam je ikut suka hati korang nak pakai. nanti tak pasal-pasal mata korang buta! hah, sapa yang susah. korang jugak yang susahkan. Ustaz kata lah, bukan saya kata. bersyukurlah dengan apa yang kita miliki. jangan sesuka hati nak mengubahnya.  

11 Nov 2010

0 Ketika Ajal Menjemput


Kematian adalah suatu hal yang pasti yang akan dialami oleh setiap jiwa manusia, tetapi tidak semua jiwa manusia mengalami kemudahan ketika ruh mereka dicabut oleh malaikat-malaikat yang diutus oleh Allah azza wa jalla. Allah berfirman dalam Kitabul Karim,

إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُم مَّيِّتُونَ

”Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula)”. (Az-Zumar: 30)
Dia juga berfirman,

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

”Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (Al-’Ankabut: 57)
Ketika kematian itu tiba, seseorang telah sampai kepada ajalnya, maka akan terjadi salah satu diantara dua kemungkinan bagaimanakah kematian itu akan menghampirinya, apakah dengan suatu hal yang membuat ruh ini kelak berdo’a agar dipercepat kiamat agar segera mendapatkan kenikmatan abadi yang telah dijanjikan oleh Rabbul ’alamin atau justru berdo’a agar jangan dipercepat kiamat karena adzab neraka yang telah menunggunya.
Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda tentang hamba yang mukmin di alam kubur, ”…maka dia (hamba mukmin) berkata: ”Ya Allah percepatlah hari kiamat!! Agar aku bisa kembali ke harta dan keluargaku !!….
Sedangkan tentang orang yang kafir atau fajir, beliau bersabda, ”Kemudian dibukakan baginya pintu Neraka dan dihamparkan baginya permadani dari Neraka, dia berkata: ”Ya Rabbku janganlah Engkau Jadikan hari Kiamat !!!” (HR. Abu Dawud, Al-Hakim, Ahmad, dan lainnya). Lalu apakah kita belum juga menyadari dan membayangkan betapa keras adzab Allah azza wa jalla kepada orang yang berdo’a demikian ?
Perhatikanlah dengan apa yang telah dikatakan oleh seorang sahabat yang merupakan salah satu dari empat Khulafaur Rasyidin, ’Utsman bin ’Affan radliyallahu’anhu, yang diriwayatkan dari Hani hamba sahaya ’Utsman bin ’Affan, beliau berkata:
”Utsman radliyallahu’anhu menangis jika berdiri di sisi kuburan, hingga jenggotnya basah. Dikatakan kepadanya: ’Anda tidak menangis ketika disebutkan Surga dan Neraka, dan ketika disebutkan kubur Anda menangis,’
Beliau berkata: ’Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda:
”Kuburan adalah tempat pertama dari kehidupan akhirat, jika seorang selamat darinya, maka (kehidupan) setelahnya akan lebih mudah, dan jika seseorang tidak selamat darinya, maka (kehidupan) setelahnya akan sulit. ” (HR. At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Keluar Bagaikan Tetes Air
Seorang mukmin jika akan meninggalkan dunia ini, dia akan melewati beberapa prahara kematian secara mudah, diberikan kepadanya kabar gembira, diberikan keteguhan oleh Allah dalam menghadapi fitnah kubur. Nabi kita Muhammad shallallahu’alaihi wa sallam telah mengabarkan dalam hadist yang cukup panjang yang diriwayatkan dari Al-Barra’ bin ’Azib radliyallahu’anhu. Beliau shallallahu’alaihi wa sallam bersabda,
”Jika seorang mukmin akan meninggalkan dunia dan menuju akhirat, maka para malaikat dengan muka putih akan turun kepadanya, seakan-akan wajah mereka itu adalah matahari, mereka membawa kain kafan dan hanut[1] dari surga, kemudian mereka duduk sejauh mata memandang, lalu datanglah Malaikat Maut ’alaihissalam, dan dia duduk di samping kepalanya seraya berkata:
Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan dan karunia dari Allah”
Beliau bersabda, ”Kemudian jiwa itu keluar bagaikan satu tetes air yang keluar dari mulut wadah,….” (HR. Abu Dawud, Al-Hakim, Ahmad, dan lainnya)
Allah subhanahu wa ta’ala berfirman,

يَاأَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ {27} ارْجِعِي إِلىَ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَةً {28} فَادْخُلِي فيِ عِبَادِي {29} وَادْخُلِي جَنَّتِي {30}

”Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku.” (QS. Al-Fajr: 27-30)
Imam Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat diatas beliau mengatakan dalam tafsirnya, ”Yang demikian itu dikatakan kepadanya saat sakaratul maut dan pada hari kiamat kelak, sebagaimana para malaikat menyampaikan berita gembira kapada orang mukmin ketika sakaratul maut dan ketika dibangkitkan dari kuburnya. Maka demikian pula disini.”
Sakaratul Maut yang kita berlindung darinya
Pada riwayat yang sama beliau shallallahu’alaihi wa sallam bersabda,
”Sedangkan hamba yang kafir (dalam suatu riwayat yang fajir/jahat), jika dia meninggalkan dunia dan menghadap akhirat, datanglah kepadanya para Malaikat yang keras dengan wajah yang hitam dengan membawa Musuuh[2] (dari neraka), mereka duduk sejauh pandangan mata. Kemudian datanglah Malaikat Maut dan duduk di dekat kepalanya seraya berkata: ”Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju kebencian dan kemarahan dari Allah subhanahu wa ta’ala”
Beliau berkata, ”Kemudian Malaikat itu mendekati tubuhnya, lalu dia (Malaikat Maut) mencabut ruhnya bagaikan tongkat (dengan cabang yang banyak) dicabut dari kain wol yang basah, (lalu urat dan ototpun putus)…..” (HR. Abu Dawud, Al-Hakim, Ahmad, dan lainnya)
Semoga kita diberi keringanan dalam menghadapi sakaratul maut kelak oleh Allah azza wa jalla, dan berbagai prahara berikutnya setelah kematian di alam kubur yang dengan sendirinya menjadikan kehidupan di akhirat akan menjadi lebih mudah.

9 Nov 2010

0 Ninja Melindungi Data Anda

Siapa yang dapat melindungi data penting seperti Ninja? Ninja berbentuk comel ini mempunyai kapasiti simpanan sehingga 4GB dan sangat unik bagi sesiapa yang melihatnya. Pemacu flash Ninja ini amat sempurna untuk penyimpanan data di rumah mahupun pejabat. Ia memiliki magnet kecil ditangannya, jadi ia mudah mencapai mana-mana port yang sukar. Sesuai untuk sistem operasi dari Win98SE sehingga yang terkini, alat pemacu ini juga sesuai untuk MAC OS 9.0 ke atas, bersama dengan linux kernel 2.4 dan yang terkini. Harga RM153
 

0 Hudson Sertai Nintendo 3DS

Walaupun Nintendo 3ds tidak dipasarkan diluar sehinggalah februari 2011, alat permainan bimbit ini telah mempunyai banyak judul permainan. Kini, Hudson Games merupakan syarikat terbaru yang bercadang untuk menghasilkan pelbagai judul yang menarik untuk 3DS. Pada tahun depan syarikat itu akan membawakan Bomberman, Tetris, Bank, Omega five, Deca Sporta Extreme dan Kororinpa (Marble Mania).

0 Mike Tyson Menangis!!

 Siapa tak kenal Mike Tyson seorang peninju handalan yang sering menumbangkan peninju hebat, namun luluh hatinya ketika bersimpuh di Masjid Nabawi di Madinah. Mike Tyson tidak mampu menahan air matanya ketika masuk ke dalam Masjid Nabawi. Semenjak beliau memeluk Islam dan ini adalah kali pertama beliau menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi, selain itu Mike Tyson mengaku mendapat pengalaman spiritual yang mendalam ketika manjalani ibadah umrah pada 4 julai 2010 yang lalu. " Saya tidak mampu menahan air mata ketika mengetahui berada di salah satu taman syurga," ujarnya ketika mengunjungi Masjid Nabawi seperti dilaporkan arabnews.com              

8 Nov 2010

0 Kane Kosugi Akan Menjadi James Bond Asia

Pelakon aksi Kosugi Kane akan membintangi filem baru yang di gambarkan sebagai versi Asia kepada filem James Bond "007". Projek ini di beri judul Silent Storm. Silent Storm merupakan kerjasama antara Jepun, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Hong Kong. Berlatarkan di Asia, ia menampilkan perisik, pembunuh upahan dan gadis menggoda, sama seperti elemen-elemen filem James Bond. Kosugi adalah seorang hero yang kelihatan seperti pekerja pejabat biasa yang memakai kot. tetapi sebenarnya seorang perisik dan pakar kugfu. Latar belakang Kosigi Kane dalam seni bela diri akan membantunya dalam lakonan tanpa menggunakan grafik komputer ataupun wayar. Selain menjadi pelakon Kosugi Kane turut menjadi produser buat pertama kalinya untuk filem ini.Pengambaran akan bermula pada awal 2011.

0 Telur 1,000 Tahun



Selain boleh dimakan begitu sahaja tanpa perlu dimasak, Telur Padi juga dikenali sebagai Telur 1,000 Tahun. Ia merupakan hasil ciptaan masyarakat cina zaman dahulu.
Caranya ialah dengan menjerukan telur itik, ayam atau angsa menggunakan tanah, debu, garam, limau dan jerami padi selama beberapa bulan.
Hasilnya kuning telur tersebut akan berubah warna menjadi hijau tua manakala bahagian putih telurnya berubah menjadi coklat dan lutinar seperti air coca-cola.
Rasa kuning telur juga berubah, iaitu berlemak dan rasa seperti keju. Bahagian putihnya menyamai bentuk telur yang dimasak, tetapi rasanya tidak seenak telur putih biasa. Terdapat juga telur padi yang bahagian putihnya mempunyai corak dan telur ini dianggap sebagai makanan istimewa di barat tetapi sudah menjadi kebiasaan di rantau Asia. Telur boleh dimakan begitu sahaja tanpa perlu dimasak. Biasanya ia dicampur dengan jeruk halia. Masyarakat Shanghai suka mengambil telur ini dengan tofu sejuk manakala di Taiwan dan Jepun, ia dimakan dengan dengan tofu sejuk bersama soa katsuobushi, kicap dan minyak bijian. Telur ini juga dicampur atau dimasak dengan telur mentah. Kebanyakan penduduk cina akan mencincang halus telur ini dan mencampurkannya dalam bubur.

0 Carey Mulligan Dinobat Wanita Berpakaian Terbaik 2010

AKTRES Carey Mulligan berjaya mengalahkan Victoria Becham dan Kate Moss dengan menerima gelaran pakaian terbaik wanita 2010 oleh majalah Harper's Bazaar.
Gaya fesyen unik pelakon berusia 25 tahun itu mampu menarik perhatian ramai dan dia mampu mengatasi ikon-ikon fesyen lain termasuklah Victoria, yang mempunyai jenama fesyen baju sendiri.
Menurut pereka fesyen yang juga merupakan juri pemilihan pakaian terbaik bagi majalah tersebut, Erdem Moralioglu, pemakaian Carey tampak moden bila pelakon itu memakai pakaian gaya 60-an.
"saya rasa, dia begitu bergaya sederhana dan tidak perlu terlalu berkeyakinan tinggi dengan setiap pakaian yang dikenakannya," kata Erdem.
Bagi Carey pula, dia tidak merasakan yang dia merupakan seorang ikon fesyen memandangkan pereka bajunya yang sentiasa menyediakan pakaian untuk Carey. "Saya rasa tak kisah sangat dengan fesyen. Cuma saya mempunyai seorang perunding imej serta pereka fesyen yang hebat dan merekalah yang menggayakan diri saya," ujarnya. Sementara itu, Gwyneth Paltrow, Stella McCartney dan Sienna Miller antara aktress yang mendapat tempat Top 10 bagi pakaian terbaik tahun 2010 Harper's Bazaar.  

7 Nov 2010

0 Klip Kertas Yang Unik




Clipico
Kali Pertama anda melihatnya, Pasti keliru dengan fungsinya kerana bentuknya seperti klip kertas tetapi ia digunakan bukan saja untuk mengklip kertas, malah ia mampu berdiri. Alat unik rekaan Japan +d ini diperbuat daripada kepingan besi yang boleh ditarik keluar untuk dijadikan klip untuk kad, nota berpelekat, memo, kad bisnes, ataupun gambar dan ia tidak seperti klip kertas biasa. Terdapat enam warna menarik untuk dipilih iaitu merah,hijau,hitam,putih,biru dan kuning.

0 Pokok Solar Nissan

Di pamerkan CEATEC japan 2010 yang diadakan di Chiba pada 5 hingga 9 oktober, Nissan mempamerkan model stesen pengecas wayarles solar yang futuristik untuk kenderaan elektrik.
Stesen pengecas berbentuk pokok ini dipanggil Solar Tree, ia setinggi 12 meter dan mempunyai 3 panel solar yang mengikut haluan cahaya matahari di langit.Dengan kadar pertukaran tenaga yang efisyen sebanyak 30%, tiga panel solar ini boleh menjana tenaga sehingga 20 kilowatt.Di bawah pokok ini terdapat zon pengecas wayarles yang berbentuk daun, dimana ia mampu mengecas bateri kereta dari jarak dekat tanpa menggunakan kabel ataupun palam. Sebagai sebahagian daripada pameran ini, Nissan turut menunjukkan kereta robot EPORO versi terbaru yang telah dilengkapi dengan kuasa sistem kuasa wayarles. Solar Tree ini boleh digunakan secara individu sebagai stesen pengecas berskala kecil di kawasan bandar, dan juga 'Hutan' dengan 1,000 unit Solar Tree mampu membekalkan tenaga elektrik untuk 7,000 Rumah. Menurut Nissan, Solar Tree akan digunakan di bandar-bandar utama di jepun pada tahun 2030.

0 Ketajaman Kitana



Anda nak lihat ketajaman katana? sekarang mari kita menghayati kehebatan dan ketajaman Katana iaitu pedang Samurai memotong Botol teh di dalam video klip yang disampaikan dalam gerak perlahan ini.semoga anda terhibur.

0 Kopi Boleh Dibawa Pulang

 Jangan salah sangka kerana alat ini bukanlah Kopi, tetapi ia Nota Memo yang berbentuk secawan kopi. Kepingan nota-nota kecil ini di susun rapat sehingga membentuk seperti secawan kopi. Alat penyedut yang berada di tengah-tengah dan berwarna hitam sebenarnya adalah sebatang pen yang boleh digunakan untuk menulis. Terdapat dua cawan kopi untuk setiap bekas. Bukan itu sahaja alat ini sesuai dijadikan aksesori di meja dan pasti yang tertarik dan keliru kali pertama melihatnya.

0 Buku Cawan

  
Terima Kasih kerana sudi menjenguk blog saya. Anda pernah lihat buku cawan? Saya pun baru melihat buku cawan.hehehe.ok saya kongsikan penemuan baru iaitu buku cawan. buku cawan berbentuk cawan ini pasti akan menarik minat orang melihatnya kerana rupanya yang unik. buku yang mempunyai kulit berbentuk seperti cawan ini di reka khas oleh Rie Akutsu dan Koji Shimizu dan sesuai bagi mereka yang gemar membuat catatan semasa berada di luar rumah. Ia mudah dibawa, berukuran 167x163 mm dan mempunyai ketebalan sehingga 22 mm. Kulit buku diperbuat daripada PVC dan terdapat lima warna menarik untuk dipilih iaitu merah jambu,kuning,putih,hitam dan coklat. 

6 Nov 2010

0 MySim's Sky Hero's



Konsol : Wii
Pengeluar : Eletronic Arts
Kategori : Life Simulation
Bilangan Pemain : 1/Multipemain
tarikh Keluaran : Di pasaran

MySims SkyHeroes adalah siri keenam dari siri permainan video MySims. Anda akan membawa peranan sebagai pemandu pesawat utama yang lupa ingatan dan di upah oleh kumpulan pemberontak untuk mengambil alih semula langit dari morcobos. Morcobos adalah watak penjahat dalam siri ini. Bermula sebagai pemandu yang tidak di kenali, pemain harus bertarung untuk menjadi wira. Apabila berjaya mengalahkan musuh di medan perang, menguji tindakan pantas di dalam ujian kepantasan dan menentang ketua musuh yang memelukan semua kemahiran. Dalam menyusuri pelbagai peringkat ini juga, anda bakal mengetahui latar belakang watak utama dan setakat ini, tidak banyak yang didedahkan.  

0 Permainan Facebook Dedah Maklumat Peribadi Pengguna

Permainan Sosial di facebook merupakan satu bisnes yang besar !! sebagai contoh, tahun lalu sahaja EA telah mengurangkan 17 peratus tenaga kerjanya.. (ada baik nya jugak facebook ni ye). ok sambung lagi, untuk penghasilan permainan tradisional dan membeli pakar permainan social playfish dengan USD400 juta (RM1.25billion). wah mahal betol! 7 keturunan pun tak habis duit ni.hehehe. kita sambung lagi, permainan-permainan sosial di facebook juga membawa keuntungan untuk pengiklan yang bersaing untuk mendapatkan perhatian mereka yang meluangkan masa dengan rangkaian sosial ini. Menurut laporan di wall street journal. Kebanyakan aplikasi ini memberi maklumat kepada pihak pengiklan termasuklah maklumat peribadi pengguna walaupun pengguna telah menetapkan tahap privasi tertinggi.

0 Beckham kecewa kakak disara kerajaan

Image
GAMBAR menunjukkan kakak David Beckham, Lynne di luar rumahnya di Essex baru-baru ini.
LONDON - Pemain bola sepak terkenal England, David Beckham kecewa apabila mendapati kakak sulungnya, Lynne yang berusia 38 tahun menerima wang saraan bulanan daripada kerajaan sebanyak £68 (RM337), lapor sebuah akhbar semalam.

Beckham yang kini berumur 35 tahun dan mempunyai harta sebanyak £125 juta (RM620 juta) dikatakan sentiasa membantu kakaknya yang berdepan masalah kewangan serius.

Satu sumber berkata: "Beckham tidak tahu Lynne menerima bantuan kewangan. Dia belikan rumah untuk kakak dan anaknya tinggal. Dia juga memberikan wang dan apa jua bantuan yang diperlukan. Justeru, Beckham sangat keliru dan kecewa."

Kakak Beckham itu yang merupakan ibu tiga orang anak itu kini tinggal bersama teman lelaki, Kevin Briggs yang dikenalinya selama beberapa minggu menerusi laman sosial Facebook. Briggs mempunyai rekod jenayah keganasan.

Beckham membeli rumah empat bilik untuk kakaknya pada harga £250,000 (RM1.24 juta) 12 tahun lalu.

Hubungan Beckham dengan kakaknya yang menganggur itu dingin sejak beberapa tahun lalu. Punca hubungan itu dingin disebabkan Beckham tidak sukakan bekas suami kakaknya, Colin Every.

Pada tahun 1998, Every didapati menjual dadah kokain di rumah yang menjadi tempat tinggal dia bersama kakak Beckham itu. Pasangan itu kini dalam proses bercerai.

Walaupun dilanda masalah keluarga, Beckham yang kini pemain kelab LA Galaxy di Amerika Syarikat (AS) itu tidak kedekut menghulurkan bantuan kewangan kepada ahli keluarganya.

"Satu perkara yang bapa katakan kepada saya ialah jagalah adik-beradik. Itulah yang selalu saya lakukan," kata Beckham sebelum ini. - Agensi

0 Drogol Adik Kandung Sehingga Mengandung

KUALA LUMPUR: Baru berusia 14 tahun tetapi selayaknya dia digelar adik setan kerana tergamak merogol kakak kandungnya yang hanya setahun lebih tua.Lebih memilukan, perbuatan jijik sumbang mahram itu bukan hanya menimbulkan perasaan trauma dan tekanan kepada mangsa tetapi pada usia yang masih mentah, dia terpaksa mengusung benih adiknya.

Itu yang berlaku kepada Yanti, berusia 15 tahun, yang kini sarat mengandung dan hanya menanti masa untuk melahirkan anak. Gara-gara perbuatan adik setan itu, Yanti terpaksa berjauhan daripada keluarga, malah meninggalkan alam persekolahan buat seketika. Sepatutnya saya menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bulan lalu tetapi terpaksa melupakannya. Saya meninggalkan buat seketika alam persekolahan sehingga anak dikandung ini lahir.

Saya benar-benar tertekan kerana pada usia muda terpaksa berdepan situasi yang tidak sepatutnya saya lalui, kata Yanti ketika ditemui wartawan Metro Ahad baru-baru ini.
Menurut Yanti, tragedi hitam itu berlaku tahun lalu dan ia berulang sehingga empat kali sebelum dia disahkan mengandung.
Tragedi hitam itu berlaku di rumah. Ketika semua ahli keluarga tidur, adik menyusup masuk ke dalam bilik ketika saya tidur.
Adik menekup mulut saya dan mengugut mahu mencederakan saya jika saya buat bising. Selepas itu, bagaikan dirasuk setan, saya dirogol, katanya.
Yanti berkata, walaupun dia kakak, dia tidak mampu melawan, apatah lagi diugut akan dicederakan jika melawan.
Kudrat saya memang tidak mampu melawan kekuatan adik ketika itu. Selepas merogol saya dia sekali lagi mengugut akan mencederakan saya, malah sanggup melakukan lebih daripada itu jika mendedahkan perbuatan terkutuknya kepada sesiapa saja, terutama ayah dan ibu.
Begitulah yang dilakukannya ketika merogol saya. Seingat saya, empat kali dia merogol saya, katanya.
Selepas empat kali dirogol, dia berasa tidak sihat dan lemah hinggalah kelainan pada dirinya disedari ibu bapanya.
Ibu Yanti kemudian membawanya ke klinik dan pemeriksaan lanjut dilakukan mendapati dia mengandung.
Saya menceritakan perkara sebenar kepada ibu. Pulang ke rumah, ayah dan ibu bertanya adik dan dia mengaku. Ketika itu menangis air mata darah sekalipun takkan mengubah apa yang berlaku, katanya.
Yanti berkata, adiknya seperti tiada perasaan kerana seolah-olah tidak rasa bersalah dengan perbuatannya.
Depan ibu dan ayah, dia menunjukkan rasa bersalah dan meminta maaf, tetapi dengan saya, dia buat seolah-olah tiada apa berlaku.
Hubungan saya dengan dia sebelum ini biasa saja, tetapi tidaklah rapat sangat. Mungkin kerana masih terlalu mentah, dia seperti tidak rasa bersalah, katanya.
Menurut Yanti, sukar untuk dia memberitahu punca mengapa adiknya sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu.
Pada usia semuda itu, adik memang nakal. Bercampur dengan mat rempit dan kadangkala ponteng sekolah.
Barangkali kerana pengaruh rakan, adik jadi lebih tahu mengenai hal berkaitan seks sehingga dia terdorong untuk mencuba. Namun saya langsung tidak menyangka adik sanggup merogol saya, katanya.
Yanti memberitahu, selepas disahkan hamil, ibu bapa terpaksa menyembunyikannya di rumah seorang saudara mereka sebelum dihantar ke sebuah rumah perlindungan.
Saya akan ada di sini (rumah perlindungan) sehingga bayi yang dikandung lahir. Selepas itu saya akan menyerahkan anak saya kepada keluarga angkat.
Selepas ini saya mahu mulakan hidup baru. Saya mahu bersekolah semula dan belajar seperti rakan seusia yang lain, katanya.
Ditanya adakah dia memaafkan perbuatan adiknya, Yanti berkata: Mulanya memang saya bencikannya, tetapi lama kelamaan saya terima hakikat. Dia bukan orang lain… dia adik saya.
Saya harap dia menyesali perbuatannya. Perkhabaran terkini yang saya dengar daripada ibu dan ayah, adik kini bersekolah di sekolah pondok. Semoga ilmu diperoleh menjadikannya adik yang soleh, katanya - warta365

5 Nov 2010

0 Jagalah Ibu Bapa!!



JOHOR BAHRU: Hanya dengan alasan ibu kuat makan, seorang wanita tua yang lumpuh separuh badan dihantar anaknya ke pusat jagaan warga emas. Lebih menyedihkan, wang pencen arwah suami yang sepatutnya menjadi haknya turut dikaut sembilan zuriatnya itu setiap bulan.

Wanita berusia 84 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah, dihantar ke pusat jagaan selepas semua anaknya bersikap lepas tangan mengenai kebajikannya sedangkan ada antara mereka berjawatan tinggi termasuk bergelar profesional.

Akibatnya, Aminah bergantung sepenuhnya terhadap ihsan pihak lain bagi meneruskan kehidupan walaupun dia sebenarnya berhak mendapat pencen arwah suami RM700 sebulan.

"Sebelum suami meninggal dunia, dia berpesan kepada anak supaya menjaga saya. Namun, setahun selepas suami meninggal, kedua-dua kaki saya lumpuh sehingga terpaksa mengengsot.
"Sejak itu saya dianggap beban oleh anak hingga mereka menolak satu sama lain menjaga saya sebelum mengambil keputusan menghantar saya ke pusat jagaan ini tiga tahun lalu," katanya.

Aminah mempunyai sembilan anak, lima lelaki dan empat perempuan berusia antara 30-an hingga lewat 50-an. Suaminya yang bekerja sebagai anggota polis meninggal dunia 10 tahun lalu.

Menurutnya, dia yang lebih banyak menguruskan semua sembilan anak kerana suami sering bertugas luar daerah, mendidik mereka dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya.

Aminah berkata, buat masa ini, perbelanjaannya bagi membeli ubat-ubatan mahupun lampin pakai buang yang mencecah RM800 sebulan diuruskan Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di Taman Bukit Kempas.

Menurutnya, hasratnya menggunakan wang pencen arwah suaminya tidak kesampaian kerana setiap kali persoalan itu ditimbulkan, ia mencetuskan pertengkaran di kalangan anak.

"Mereka mengambil wang itu secara bergilir-gilir. Jika anak sulung lelaki menggunakannya bulan ini, anak kedua mengambilnya pada bulan depan sebelum kad ATM (mesin juruwang automatik) itu diserahkan kepada anak ketiga.

"Saya sedih kerana setiap kali meminta daripada pengurusan pusat jagaan termasuk membeli minyak angin kerana tidak mempunyai wang sedangkan anak bekerja dan hidup senang," katanya yang sebak ketika menceritakan kisah hidupnya.

Sementara itu, Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, 45, berkata, seorang anak wanita berkenaan menghantar ibu kandungnya itu ke situ dengan alasan wanita berkenaan terbabit kuat makan.

Menurutnya, biarpun pada awalnya berjanji mahu membantu meringankan kos penjagaan ibunya dengan menyerahkan wang pencen arwah bapanya, lelaki berusia 40-an itu langsung tidak mengambil peduli mengenai warga emas terbabit sejak dihantar ke situ, kira-kira tiga lalu.

"Kadangkala nenek berkenaan segan meminta hingga kami menggunakan pendekatan psikologi supaya dia tidak kesunyian dan tidak berasa rendah diri dengan keadaannya itu.

"Kami bukan mendesak keluarga itu, tapi sekurang-kurangnya mereka yang berkemampuan sepatutnya membantu meringankan kos yang ditanggung pusat jagaan," katanya.

4 Nov 2010

0 Green Day - We Are The Champions - Live at Reading Festival 2004



Salam sejahtera Kawan-kawan dan tak lupa juga kepada pembaca blog saya ini. Anda semua adalah champion !! , hebat !!. 

0 Singa Mengaum Nama Allah


Allahu akbar!!

0 Bayi Terjun !!!



Ni aku tak tahu apa fasal dia buat macam ni hahahaha. anda layan jer video ni. Aku cuma pesan jangan tiru aksi ini.

0 Raja kera

0 "Raja Kera" Menghibur Pengunjung di Benteng selatan India


Apa fikiran anda setelah melihat video ini?
ada berani buat macam tu???? hahahaha.aku pun takut tengok raja kera panjat macam tu. Nama pun dah raja kera kan, mestilah hebat. Sesekali ingin jugak aku nak tengok Raja Kera ni jatuh.

0 P.Ramlee Lagenda Sepanjang Zaman



Seniman agung allahyarham Tan Sri Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Putih atau lebih dikenali dengan nama P.Ramlee. Sungguhnya tiada siapa yang tidak mengenali beliau, beliau bukan sahaja berbakat tetapi juga sebagai ikon seniman sepanjang zaman. Amat sukar untuk mencari insan yang boleh menandingi kehebatan beliau. "Aku nak hidup sampai 1000 tahun lagi". Itulah kata beliau kepada salah seorang sahabatnya. Namun begitu apa yang telah dikatakan itu secara gurauan.  

3 Nov 2010

0 Saudara Baru Islam




LONDON: Adik ipar bekas perdana menteri Britain Tony Blair yang juga penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43, mengumumkan beliau memeluk Islam enam minggu lalu selepas mendapat hidayah.

Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan.

“Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun.



“Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari,” katanya yang dipetik akhbar Daily Mail.

Lauren berkata beliau memperoleh ‘pengalaman suci’ ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan makam Fatimah al-Masumeh, adik Imam Reza, imam kelapan penganut Syiah daripada keturunan Saidina Ali, di Qom.

“Tiba-tiba saja saya berasa tenang dan gembira. Sejurus tiba di Britain, saya terus mengambil keputusan memeluk Islam,” katanya.

Mengenai kemungkinan untuk memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat demikian pada masa depan.

0 .






MusicPlaylist

2 Nov 2010

0 Gitaris Mahu Arah Filem


 
Setelah pencen dari persada muzik kini Ronnie Wood gitaris ahli kumpulan rock terkenal mahu memonopoli Hollywood dengan mengarah filem. Ronnie ditawarkan watak di dalam siri TV popular iaitu "CSI" : Crime Scene Investigation" Selepas mengaku pada penerbit siri itu bahawa dia seorang peminat terbesar siri,namun terpaksa di tolak kerana terlalu sibuk. Menurut Ronnie berlakon adalah sesuatu yang amat menarik. "Saya nyaris berlakon dalam "CSI" namun ketika itu saya teramat sibuk. Mugkin selepas ini jika di beri peluang, saya takkan melepaskannya lagi. Saya suka filem. Mungkin juga saya boleh mengarah! Bunyinya sedikit pelik buat korang tapi tunggu dan lihat saja" ujar Ronnie 

0 Kristen Stewart bercakap dalam gelap


 
Setelah kejayaannya  menerusi filem "Twilight". gadis berambut brunnette ini dikatakan telah diberi watak Talia dalam filem seram iaitu "Someone In The Dark" dari DreamWorks.Kristen kini yang tengah sibuk melakukan penggambaran filem " On The Road" akan bertambah sibuk kerana dia akan memegang watak belia swan sekali lagi menerusi filem "The Twilight Saga's Breaking Down" Part 1 dan Part 2.Filem ini dijangka akan memulakan produksi sekitar bulan November ini.Filem seram " Someone In The Dark" ini mengisahkan seorang lelaki muda yang terperangkap dalam permainan kejam kucing dan tikus dengan seorang gadis misteri bersama bapa tirinya yang berbahaya

0 Patrick Dempsey Pencinta Haiwan



" Saya menjumpai kura-kura gergasi seberat 37.6 kilogram ni di tepi jalan Las Vegas setelah dilanggar oleh sebuah kereta," ujar pelakon siri " Grey's Anatomy" ni.Pilihan yang tepat ketika ditanya oleh pegawai penyelamat haiwan sama ada Patrick mahu mengambil kura-kura gergasi jenis afrika tu @ tak kerana Patrick sememangnya pencinta haiwan. Selain kura-kura yang di jumpainya itu, dia juga memiliki anak kucing & dan dua ekor anak anjing yang diberi nama Doice & Gabbana.

0 Suami Tak Adil

Seorang lelaki bernama Mazlan (bukan nama sebenar), mempunyai dua orang isteri. Isteri pertama bernama Husnul dan isteri kedua bernama Hasanah. Pasangan bermadu ini tidak tinggal di sebuah rumah; sebaliknya mereka tinggal di rumah yang berasingan. Mazlan boleh dikatakan sebagai seorang lelaki yang baik. Cukup dari segi ekonomi, fizikal dan intelektual untuk hidup bermadu. Sejak awal perkenalan dengan Mazlan, Hasanah mengetahui status Mazlan sebagai seorang suami. Sejak awal lagi Hasanah sedia dan rela hidup berpoligami. Berbeza pula dengan Husnul. Dia sangat terkejut semasa Mazlan memperkenalkan Hasanah kepadanya. Dia juga hampir-hampir menuntut cerai. Mujurlah Mazlan itu sudah mantap ilmu di dada. Dapatlah dipujuknya Husnul.

Mazlan dan Hasanah selalu memikirkan cara untuk merapatkan hubungan kedua orang isteri Mazlan itu. Pada awal perkahwinan mereka, Mazlan bercadang agar dia dan kedua-dua orang isterinya solat bersama, sekali dalam seminggu. Dengan cara bergilir-gilir tempat. Seminggu di rumah Husnul, seminggu di rumah Hasanah.

Pada suatu malam minggu yang indah. Itu adalah sesi pertama program 'solat bersama' antara Mazlan dengan kedua-dua orang isterinya. Sesi pertama dimulakan di rumah Husnul. Mereka akan bersolat berjemaah Maghrib dan Isyak. Sementara menunggu waktu isyak, Mazlan ingin menyampaikan kuliah agama kepada kedua-dua orang isteri tercinta.

Sebaik-baik masuk waktu Maghrib petang itu, Mazlan melaungkan azan dengan suara yang merdu dan baik sekali. Selesai azan, Mazlan terus melaungkan iqamah. Selepas itu dia pun mengimami kedua-dua orang isterinya bersolat Maghrib. Mereka bertiga pun bersolat Maghrib bersama-sama secara berjemaah sehingga selesai.

Seperti kebiasaan, selepas solat Mazlan berdoa. Dalam doanya, sampailah kepada doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat. Lelaki itupun mengucapkan doanya yang berbunyi;

"Allahummakhtim alaina bi husnul khatimah wa la tahtim alaina bi su'ul khatimah.
Rabbana atina fid-dunya hasanah, wa fil akhirat ti hasanah.."

Belum habis doa itu dibaca, belakang Mazlan dipukul oleh isteri pertamanya dengan beg.

"Abang memang tak adil!" Kata isteri pertama yang bernama Husnul, selepas memukul belakang suaminya.

Si isteri kedua hanya melihat.
"Astaghfirullah, kenapa dengan kamu ni Husnul. Kita sedang berdoa ni.."
"Abang memang selalu melebihkan bini muda abang ni," Kata Husnul sambil tangannya hampir memukul pula isteri kedua suaminya. Nasib baik sempat ditahan oleh si suami. Hampir-hampir kedua madu itu berperang.

"Abang doa untuk saya sekali. Abang doa untuk dia dua kali!"

"Eh macam mana pula tu?" Si suami belum faham.

"Ala buat-buat tak faham saja abang tu! Baru tadi abang doa, husnul khatimah abang baca sekali. Hasanah abang baca dua kali!"

Meloponglah Mazlan dan isteri mudanya, bingung seketika. Hendak marah atau hendak ketawa ni?

0 Bahaya jika menggunakan pc ditempat umum!!!

For your information...be careful





Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...

Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.

Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah
tersimpan di dlm Black Device.

Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua.. Dan mencegah terjadinya hal2 yg tdk diinginkan dan sampaikan kepada sahabat handai.

Fuyoh Blog