TANGAN KOTOR : MEMBOGELKAN GAMBAR MUSLIMAH DENGAN SUPER IMPOSE
Super
Impose yang semakin menjadi kegilaan dunia hari ini, telah menyebabkan
berlakunya beberapa kezaliman terhadap wajah wanita yang bertudung.
Kesal juga, sejak kebelakangan ini, ternampak beberapa bentuk serangan
media dengan menggunakan istilah-istilah lucah yang agak meluat untuk
menyebutkannya di sini.
Post kali ini, saya cuba menarik para
pembaca untuk memahami situasi yang terjadi. Istilah-istilah kotor yang
saya maksudkan di atas, cuba dikembangkan. Antara cara-cara
mengembangkan otak kotor terhadap wanita muslimah, ialah dengan
menggunakan SUPER IMPOSE.
Iaitu, mengambil beberapa keping
gambar perempuan bertudung yang dirasakan secocok dengan gambar bogel,
kemudian gambar perempuan tersebut dipotong dibahagian yang sesuai.
Biasanya garisan tudung tersebut. Kemudian, di”tampal” pada tubuh
mana-mana yang tidak berpakaian.
Maka, akan terhasil seorang
wanita yang bertudung, tetapi tidak berpakaian. Kerja-kerja ini tidak
lain adalah untuk menghina Islam, bahkan menghina wanita muslimah yang
sentiasa menjaga aurat mereka. Persoalan di sini, dimanakah saluran
mudah untuk mendapatkan gambar-gambar muslimah kita?
Oh ya,
FACEBOOK adalah jalan paling mudah dan berkesan. Sejak kebelakangan ini,
nampak seperti wanita muslimah Indonesia dan Malaysia yang menjadi
mangsa! Hah.. Adakah anda sedar, entah-entah gambar saudara mara kita
pula yang kena.
0 comments:
Post a Comment
leave your comment