8 Nov 2010
0 Kane Kosugi Akan Menjadi James Bond Asia
Pelakon aksi Kosugi Kane akan membintangi filem baru yang di gambarkan sebagai versi Asia kepada filem James Bond "007". Projek ini di beri judul Silent Storm. Silent Storm merupakan kerjasama antara Jepun, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Hong Kong. Berlatarkan di Asia, ia menampilkan perisik, pembunuh upahan dan gadis menggoda, sama seperti elemen-elemen filem James Bond. Kosugi adalah seorang hero yang kelihatan seperti pekerja pejabat biasa yang memakai kot. tetapi sebenarnya seorang perisik dan pakar kugfu. Latar belakang Kosigi Kane dalam seni bela diri akan membantunya dalam lakonan tanpa menggunakan grafik komputer ataupun wayar. Selain menjadi pelakon Kosugi Kane turut menjadi produser buat pertama kalinya untuk filem ini.Pengambaran akan bermula pada awal 2011.
0 comments:
Post a Comment
leave your comment