Selain boleh dimakan begitu sahaja tanpa perlu dimasak, Telur Padi juga dikenali sebagai Telur 1,000 Tahun. Ia merupakan hasil ciptaan masyarakat cina zaman dahulu.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjCQBTzUwMaK0KwPPTNnssBGLsCc-_MThHliT0Fps_NJxzN2aI0sziB5TXRNTyiQsAD8OpfQKBEDM-scA973xbC4Dpa6iPoHInhs5qlBBLlAEmmOuRvUpwEWUYAM9IcNRN145bUDg-D/s1600/asdasdasda+%255BDVD+%2528NTSC%2529%255D.jpeg)
Hasilnya kuning telur tersebut akan berubah warna menjadi hijau tua manakala bahagian putih telurnya berubah menjadi coklat dan lutinar seperti air coca-cola.
Rasa kuning telur juga berubah, iaitu berlemak dan rasa seperti keju. Bahagian putihnya menyamai bentuk telur yang dimasak, tetapi rasanya tidak seenak telur putih biasa. Terdapat juga telur padi yang bahagian putihnya mempunyai corak dan telur ini dianggap sebagai makanan istimewa di barat tetapi sudah menjadi kebiasaan di rantau Asia. Telur boleh dimakan begitu sahaja tanpa perlu dimasak. Biasanya ia dicampur dengan jeruk halia. Masyarakat Shanghai suka mengambil telur ini dengan tofu sejuk manakala di Taiwan dan Jepun, ia dimakan dengan dengan tofu sejuk bersama soa katsuobushi, kicap dan minyak bijian. Telur ini juga dicampur atau dimasak dengan telur mentah. Kebanyakan penduduk cina akan mencincang halus telur ini dan mencampurkannya dalam bubur.
0 comments:
Post a Comment
leave your comment