7 Nov 2010
0 Kopi Boleh Dibawa Pulang
Jangan salah sangka kerana alat ini bukanlah Kopi, tetapi ia Nota Memo yang berbentuk secawan kopi. Kepingan nota-nota kecil ini di susun rapat sehingga membentuk seperti secawan kopi. Alat penyedut yang berada di tengah-tengah dan berwarna hitam sebenarnya adalah sebatang pen yang boleh digunakan untuk menulis. Terdapat dua cawan kopi untuk setiap bekas. Bukan itu sahaja alat ini sesuai dijadikan aksesori di meja dan pasti yang tertarik dan keliru kali pertama melihatnya.
0 comments:
Post a Comment
leave your comment