26 Oct 2010
0 Sony Menghantar Kit Penghasilan Sony PSP2 Ke Pada Beberapa Studio
Bukan saja Playstation Portable 2 sesuatu yang benar , Sony kini sudah mempunyai barisan antaramuka, menurut laman web Develop. Memetik pelbagai sumber industri , laman web itu melaporkan bahawa Sony telahpun menghantar kit penghasilan kepada beberapa buah studio. Sumber develop tidak mahu mendedahkan maklumat lanjut tentang alat tersebut , tetapi sebuah studio pengeluar sudah tidak sabar berkomen mengenainya. Baru-baru ini, Shaun Himmerick, produser eksekutif NetherRealm Studios mendakwa telah memiliki PSP2 di tangannya dan berkata ia adalah sebuah alat yang sangat menakjubkan. Jika kita dapat melihat kemunculan PSP2 pada tahun 2011, pasti khabar angin tentangnya akan mula timbul pada bulan-bulan yang akan datang.
0 comments:
Post a Comment
leave your comment