24 Oct 2010

0 Kerjasama Linkin Park Dan Gundam


Warner Music Japan mengumumkan kumpulan rock terkenal dari
AS iaitu Linkin Park akan menyumbangkan lagu tema untukpermainan video arked terbitan Bandai Namco Games, Mobile Suit Gundam Extreme Vs sebagai tambahan, album terbaru kumpulan tersebut, A Thousand Suns akan didatangkan bersama model kit edisi terhad Gundam (Gunpla) yang bakal dipasarkan pada 24 November di jepun dengan harga ¥5500 (± RM200) . Lagu tema berjudul The Catalyst adalah single pertama dari album ini,dan terdapat dua edisi akan dipasarkan di jepun iaitu pada 15 september, dua bulan sebelum Gunpla 30th Anniversary Edition dipasarkan. Ini adalah kali pertama permainan video dari francais Gundam menampilkan lagu tema artis barat. Gunpla 30th Anniversary Edition turut memperkenalkan model kit HGUC 1/144 RX-78GP01fb Gundam GP01fb Full Vernian "Linkin Park Edition". Menurut laman web rasmi berbahasa jepun, ahli-ahli Linkin Park merupakan peminat setia Gundam dan telah mereka skim warna untuk model ini. Gunpla Edition juga menampilkan rekaan kotak istimewa dengan imej Gundam dan kumpulan tersebut.  






0 comments:

Post a Comment

leave your comment

Fuyoh Blog