29 Oct 2010
0 Pekerja Robot Atlet
Kawada Industries dan National Institute of Advance Industrial Science and Technology (AIST) di jepun telah memperbaharui barisan robot berbentuk manusia yang berusia 10 Tahun yang diberi nama HRP-4. Robot ini setinggi 1.51 meter dan mempunyai tubuh asas seperti seorang atlet sukan. Kesemua 34 sendi robot ini lebih fleksibel daripada model sebelum ini dan hanya seberat 39kg. semasa pendedahannya, robot lincah ini menampilkan pelbagai jenis kebolehan yang berguna di tempat kerja, seperti kebolehan untuk berdiri dengan satu kaki, memutar pinggangnya, menggaya, mengikut arahan, mengenal wajah dan mengesan objek yang bergerak dengan kepalanya. Tangan lima jarinya juga lebih lincah daripada model sebelumnya. Kawada dan (AIST) bercadang untuk menjual robot lincah ini kepada universiti dan institusi penyelidikan pada januari 2011 dengan harga sekitar ¥26 juta (±RM949,000).
0 comments:
Post a Comment
leave your comment