25 Oct 2010

0 Telefon Awam Di Jepun














Dengan hampir setiap orang (lelaki, perempuan, orang tua dan kanak-kanak) memiliki telefon bimbit di jepun, bilangan telefon awam telah berkurangan. Namun, anda masih boleh menemui telefon awam di kebanyakkan stesen keretaapi, lobi hotel, sekolah, universiti, pejabat dan pasaraya di jepun. NTT mengendalikan perkhidmatan telefon awam dan secara amnya terdapat dua jenis telefon awam iaitu jenis berwarna hijau dan kelabu. Daripada kedua-dua telefon awam ini anda boleh membuat panggilan domestik dan antarabangsa. ia menerima syiling ¥10 dan ¥100 serta kad panggilan bernilai ¥1,000 yang boleh dibeli di kebanyakan kedai serbaneka.


Panggilan tempatan dalam bandar yang sama di kenakan caj sebanyak ¥10 (± RM0.37) seminit. Bayaran untuk panggilan antara bandar berbeza mengikut jarak. Panggilan domestik lebih murah pada waktu malam, hari sabtu,ahad, dan cuti am. kini bilangan telefon awam berwarna merah jambu yang menggunakan syiling ¥10 dan hanya untuk panggilan domestik telah jarang di temui lagi.

Tidak seperti negara lain, memang sukar untuk melihat telefon awam di jepun yang rosak atau menjadi mangsa vandalisma. Rakyat jepun harus kita contohi kerana mereka amat prihatin dalam menjaga harta benda awam.

0 comments:

Post a Comment

leave your comment

Fuyoh Blog