28 Oct 2010
0 Katy Perry Nak Berkahwin!
Di khabarkan penyanyi Hot N Pery bersama kekasihnya Russell Brand yang juga seorang pelawak ingin mendirikan rumahtangga. Mereka berhasrat untuk melansungkan perkahwinan mereka di india yang terletak di sebuah pusat peranginan bernama Aman-I-Khas di Jaipur, India. Bukan setakat berkahwin di india malah upacara perkahwinan mereka pula juga turut dilakukan dalam adat-istiadat Hindu yang penuh ritual. Bermula dengan penyembahan patung dewa India Ganesh, Katy dan Russell juga perlu berjalan dalam putaran yang sama sebanyak 5 kali sambil menuturkan beberapa mantra dalam bahasa Sanskrit. Selepas itu barulah mereka boleh berjalan beriringan ke gazebo yang dilengkapi dengan sebuah singgahsana yang cukup cantik sepanjang upacara perkahwinan mereka itu berlangsung. Malah, Katy juga turut mengenakan gaun pengantin yang cukup tradisional sambil menutupi kepalanya dengan selendang yang cukup indah buatannya.
0 comments:
Post a Comment
leave your comment