23 Oct 2010

0 Buaya Terlepas, Membunuh 19 Penumpang !!

Ini sangat menakutkan !!

Sebuah pesawat kecil terhempas di atas sebuah rumah, seorang juruterbang British dan 19 yang lain terkorban dan seekor buaya yang telah diseludup ke dalam pesawat dalam beg sukan melepaskan diri dan mencetuskan panik.

kejadian ini berlaku KINSHASHA
 
Dikhabarkan kemalangan itu disebabkan reptilia yang ditutup itu terlepas dan menyebabkan rempuhan dalam kabin, punca pesawat itu tidak stabil.

Pesawat itu terjunam walaupun tiada masalah mekanikal jelas ketika satu penerbangan domestik di Republik Demokratik Congo.

Seorang mangsa tunggal yang terselamat mengaitkan kisah luar biasa itu kepada penyiasat. Buaya terbabit terselamat, hanya cedera terkena pedang.

Danny Philemotte, juruterbang Belanda berusia 62 tahun, pemilik pesawat pengendali, Filair, bertungkus lumus mengawal pesawat bersama Chris Wilson, 39, pegawai pertama dari Shurdington berhampiran Cheltenham, Glocs.

Pesawat itu dalam penerbangan rutin dari ibu kota ini ke sebuah lapangan terbang serantau di Bandundu apabila insiden itu berlaku, 25 Ogos lalu.

Ia terhempas ke atas sebuah rumah beberapa ratus meter dari destinasinya. Pemilik rumah keluar ketika itu.
Menurut laporan inkuiri dan keterangan mangsa tunggal terselamat, kemalangan berlaku kerana keadaan panik dicetuskan akibat buaya terlepas yang tersembunyi dalam beg sukan.

Seorang daripada penumpang menyembunyikan haiwan itu, yang dirancang untuk dijualnya, dalam sebuah beg sukan besar sebelum reptilia itu terlepas ketika pesawat mula menurun untuk mendarat di Bandundu

Ya Allah ! Kita tidak akan tahu apa yang harus dilakukan dalam situasi seperti itu!

kalau anda apa yang akan anda lakukan?

0 comments:

Post a Comment

leave your comment

Fuyoh Blog