29 Oct 2010

0 Berhati-Hati Dengan Skim Cepat Kaya!

   


Di kuala Lumpur seorang lelaki berusia 30-an ditahan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Putrajaya bagi membantu siasatan ke atas sebuah syarikat skim cepat kaya di Taman Equine Park di Seri Kembangan. Lelaki yang ditahan itu dipercayai orang kuat skim tersebut. Skim itu dipercayai aktif sejak setahun lalu dengan menjanjikan pulangan hampir mencecah RM100,000 dalam tempoh sebulan kepada pelabur yang membuat pelaburan minimum RM3,000 seorang. Sebelum mengajak ahli melabur, syarikat itu menarik orang ramai dengan menjual pelbagai produk, termasuk produk kosmetik dan kesihatan, dan selepas itu memujuk mereka melabur dalam skim cepat kayanya. Nasihat saya kepada anda, berhati-hatilah dengan skim cepat kaya, katakan tidak pada cepat kaya!
                                                                                                                                                     
p/s : video di atas tidak ada kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia, ia cuma sekadar perhiasan sahaja.                          

0 comments:

Post a Comment

leave your comment

Fuyoh Blog